SEJARAH TEMENGGONG
Share

Sejarah penubuhan Temenggong bermula pada tahun 1997. Hanya pengasasnya saja (Zelie) yang bergerak keseorangan pada masa tu, tiada seorang pun yang ingin menyertai kumpulan ini.

Temenggong kembali aktif pada tahun 2007, walau tak seberapa yang ingin menyertainya, sekurang-kurangnya Temenggong sudah mempunyai ahli-ahli yang terdiri daripada Zeli (gitaris), Zizie (drumer), Iwan (bass) dan vokalisnya adalah terdiri daripada kaum keluarga sendiri iaitu Along (isteri Zelie), Azleen (anak lelaki Zelie) & Maro (anak saudara Zelie). Yang menyedihkan, Temenggong pada masa itu bergerak dalam keadaan yang daif kerana tiada kemudahan untuk berlatih, terpaksa menyewa peralatan muzik untuk memastikan kumpulan ini aktif. Kisah sedih berterusan apabila pada awal tahun 2008, vokalis asal iaitu Maro telah mengambil keputusan untuk keluar dari Temenggong kerana ada masalah yang tersendiri.

Pertengahan tahun 2008, Zelie memulakan perniagaannya dengan membuka pusat karaoke berkonsep terbuka (open concept karaoke), dan pada masa itu juga Zelie telah mempelawa saudara Ijoe, Ayosh, Yar & Awang Janggut dan mereka berminat untuk berkolaborasi dengan Temenggong serta melengkapkan vokalis yang dikosongkan oleh Maro, menambahkan kemeriahan senarai vokalis Temenggong. Namun, disebalik kemeriahan itu, berita yang kurang baik terpaksa Temenggong terima apabila Awang Janggut memutuskan untuk meninggalkan kumpulan ini disebabkan masalah peribadinya.

Awal tahun 2009, di atas kebolehan yang berbeza serta mempunyai keunikan tersendiri Zelie telah mempelawa Yus & Zuan menyertai Temenggong sebagai sebahagian lagi vokalis bagi memenuhi kriteria yang disasarkan oleh kumpulan tersebut. Pusat karaoke berkonsep terbuka juga telah diubah suai menjadi studio karaoke dan mempunyai kelengkapan yang cukup.

Pada 2010, kumpulan Temenggong telah mempunyai alat muzik sendiri hasil daripada titik peluh ahli-ahlinya yang berusaha kuat untuk mendapatkannya. Bagi melengkapkan kemeriahan kumpulan muzik ini, kali ini Zelie telah mempelawa saudara Mann untuk menyertai Temenggong kerana beliau juga mempunyai bakat yang tersendiri, sesuai dengan konsep muzik yang sering dibawakan Temenggong.

Berikutan sejarah penubuhan kumpulan ini, jelas menunjukkan bahawa semangat pengasasnya (Zelie) tidak pernah luntur dalam memartabatkan kesenian dan bakat anak-anak tempatan dalam seni muzik. Tidak mustahil, ahli-ahli kumpulan ini mungkin juga akan bertambah (di samping mungkin juga ahli-ahli mereka ini akan bersilih-ganti) kerana semakin ramai rakyat Terengganu amnya, rakyat Dungun khasnya yang mula berani menunjukkan bakat terpendam masing-masing dalam bidang yang berkaitan.

Di masa-masa mendatang, Temenggong mengharapkan perjuangan mereka di dalam bidang seni akan diiktiraf dan dapat diketengahkan dengan lebih jauh lagi, bukan lagi dilabel sebagai 'jaguh kampung' di negeri kelahiran sendiri sahaja.

Hidup Temenggong!!!

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Anggota Temenggong sekarang ialah:

Zelie (gitaris/ketua kumpulan)
Zizie (drumer)
Iwan (bass)
Ayosh (vokalis)
Ijoe (vokalis)
Yus (vokalis)
Yar (vokalis)
Azleen (vokalis)
Along (vokalis)
Zuan (vokalis)
Mann (vokalis)





0 Responses

Catat Ulasan

  • Terdapat ralat dalam alat ini

    Peminat