JOHAN - Battle of The Band Paka 2010
Share

TAHNIAH TEMENGGONG!!! JOHAN LAGI!!!

Semalam, 31hb Julai 2010 tercatat lagi satu sejarah yang dilakar oleh Temenggong dalam penglibatan mereka di bidang seni tanah air amnya dan di negeri Terengganu khasnya. Kali ini dengan kemenangan di dalam saingan akhir Battle of The Band Anjuran DZA Music Entertainment Sempena Karnival Jualan Dan Permainan 2010 di Padang Bola Paka, Dungun. Kejuaraan ini melibatkan penyertaan sebanyak lima (5) kumpulan yang terdiri daripada kumpulan muzik anak tempatan yang berbakat besar.

Debaran ketika menunggu keputusan diumumkan

Akhirnya kami menang lagi!!!

Senyuman orang-orang kuat Temenggong

Bersama juri, Roy Kapilla dan penganjur

Juri pertandingan: Ameng Spring & Roy Kapilla

Pemenang tempat ke-2: The Maruah

Pemenang tempat ke-3: Kord

Saguhati: Pawana

Saguhati: Nas-2

Dengan kemenangan ini, Temenggong telah meraih kejohanan berganda tiga (3) kali berturut-turut di dalam setiap acara pertandingan yang disertai selepas Battle of The Band Rakan Muda Seni Budaya Kemaman 2009 dan Pertandingan Juara Band Metro 2009

Saksikan petikan gambar-gambar menarik di sekitar pertandingan tersebut dan video persembahan yang membawa kepada kemenangan. Tahniah sekali lagi buat Temenggong!


Persembahan Yang Membawa Tuah : Lipas Kudung


Persembahan Semasa Saringan (27hb Julai 2010): Hilang Gelap Timbul Terang & Enigma

  • Terdapat ralat dalam alat ini

    Peminat